Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdullillah bersyukur kepada Allah S.W.T. pada 4 November 2010 lahirnya sebuah syarikat pada mulanya bernama CT Four Shop Enterprise (PG0273307-U). Akhirnya pada 18 Disember 2012 (Selasa) bersamaan 4 Safar 1434, CT Four Shop telah bertukar nama kepada Yaya Sweet Enterprise.

Yaya Sweet Enterprise menawarkan perkhidmatan perkhidmatan merekabentuk kek untuk hari lahir serta pelbagai majlis. Selain itu menjual pelbagai jenis bakeri seperti cookies, cakes, cuppies dan crepes.

Pengikut


Muffin Blueberry...

Bahan-bahan ( Hasilkan lebih kurang 24 biji )

  • 170 g mentega
  • 160 g gula kastor (boleh gunakan gula perang)
  • 4 biji telur gred A
  • 350 g tepung gandum
  • 20 g baking powder
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Blueberry filling secukupnya
  • Badam keping untuk hiasan (jika suka)
  • Muffin cup secukupnya (kurang lebih 24 biji)
  • 160 ml susu segar (susu cair pun boleh...)

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen vanilla, sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.
  2. Gaul tepung bersama baking powder dan ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang-seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
  3. Sudukan adunan ke dalam muffin cup, jangan penuh. Isikan sedikit blueberry filling dan tambah adunan muffin diatasnya. Anggaran 3/4 penuh. Tabur dgn sedikit badam keping dan susun dalam dulang pembakar.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bergantung pada keadaan oven masing-masing.

No comments:

Post a Comment