Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdullillah bersyukur kepada Allah S.W.T. pada 4 November 2010 lahirnya sebuah syarikat pada mulanya bernama CT Four Shop Enterprise (PG0273307-U). Akhirnya pada 18 Disember 2012 (Selasa) bersamaan 4 Safar 1434, CT Four Shop telah bertukar nama kepada Yaya Sweet Enterprise.

Yaya Sweet Enterprise menawarkan perkhidmatan perkhidmatan merekabentuk kek untuk hari lahir serta pelbagai majlis. Selain itu menjual pelbagai jenis bakeri seperti cookies, cakes, cuppies dan crepes.

Pengikut


Ulangtahun ke-2...

Alhamdullillah syukur...

Yaya Sweet Enterprise menyambut ulangtahun ke-2 hari ini 18 Disember 2014 sejak pendaftaran syarikat di buat....


Kelas Deco Yaya Sweet Siri-1...


Kelas cara menDECO kek dengan menggunakan buttercream... demo Rainbow Cake juga di lakukan atas permintaan pelajar-pelajar...








Edisi Kek untuk budak Lelaki...


PADANG BOLA SEPAK

UPIN & IPIN

THE CAR CARTOON

ULTRAMAN

POCOYO

MEET THE ROBINSON (DINOSAUR)

IRONMAN



Barbie Doll...






Kek bertemakan kartun Frozen edisi 2014...


Kek Coklat with Buttercream tempahan dari Puan. Norhayati...
Kek Sponge with Buttercream tempahan dari En. Syafiq buat anak tersayang...
Kek Red Velvet with Fresh & Cheesecream tempahan dari En. Najman...
Kek Coklat with Buttercream tempahan dari Puan Nazeha...


Ulangtahun ke-4...


Alhamdullillah...

Sedar tak sedar usia Yaya Sweet dah hampir 4 tahun sudah...

Selamat Ulang Tahun ke-4

Yaya Sweet Enterprise...



Puding tembikai


Puding tembikai

Bahan-bahan:
- 1 tin susu cair
- 1 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 sudu kecik asen vanila
- 4 keping roti gardenia
- 1 biji telur
- 1 sudu besar butter
- 5 cawan air
- 1 paket agar2 tali (20g)
- pewarna (merah/hijau)
- 1/2 sudu kecil biji selasih

Cara masak:
- masak agar-agar dengan 5 cawan air dan 1 cawan gula sampai mendidih dan agar-agar hancur
- blend roti gardenia, telur, susu cair, susu pekat, esen vanila & butter
- campurkan bahan yg dibland dalam agar2 yg dah mendidih..kacau sebentar dalam 3 minit, tutup api.
- bahagikan kepada 3 bekas dan 2 bekas dimasukkan pewarna merah dan hijau, 1 bekas biarkan tanpa pewarna
- masukkan adunan merah dalam acuan (bentuk 3 segi) dan taburkan biji selasih
- sejukkan adunan merah dan kemudian tuang perlahan aduanan tanpa warna
- akhir sekali tuang adunan warna hijau perlahan2 bila lapisan putih dah keras
- sejukkan dalam peti.
- dah sejuk, keluarkan dari acuan dan potong ikut kreativiti sendiri











Muffin Blueberry...

Bahan-bahan ( Hasilkan lebih kurang 24 biji )

  • 170 g mentega
  • 160 g gula kastor (boleh gunakan gula perang)
  • 4 biji telur gred A
  • 350 g tepung gandum
  • 20 g baking powder
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Blueberry filling secukupnya
  • Badam keping untuk hiasan (jika suka)
  • Muffin cup secukupnya (kurang lebih 24 biji)
  • 160 ml susu segar (susu cair pun boleh...)

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen vanilla, sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.
  2. Gaul tepung bersama baking powder dan ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang-seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
  3. Sudukan adunan ke dalam muffin cup, jangan penuh. Isikan sedikit blueberry filling dan tambah adunan muffin diatasnya. Anggaran 3/4 penuh. Tabur dgn sedikit badam keping dan susun dalam dulang pembakar.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bergantung pada keadaan oven masing-masing.

Kek Pelangi Karamel...


Alhamdullillah, bertemu lagi kita dalam koleksi seterusnya... so hari nie Yaya Sweet nak berkongsikan resipi Kek Pelangi Karamel... nak kata sedap... boleh la cuba sendiri...

GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula kasar
Di masak atas api sehingga gula cair dan biarkan seketika.

BAHAGIAN ATAS (KARAMEL)
1/2 tin (1 cawan) susu cair
70 gm gula castor
1/2 tea spoon esen vanilla
3 kuning telur
Kacau kesemua adunan sebati perlahan

LAPISAN KEK (A)
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm/ml air
1 sudu teh baking powder
50 ml minyak jagung
Putar kuning telur, air, gula dan minyak sehingga kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder dan kacau sehingga sebati.

MERINGUE (B)
6 telur putih (jangan bagi ada walaupun setitik kuning telur @ air setitik pun) nanti meringuenya tak menjadi
70 gm gula castor
1 tea spoon krim of tar tar
Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh jika di terbalikkan


* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA

  • Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi.
  • Masukkan adunan kek yang telah di warnakan dan dan diperisakan (adunan takkan tenggelam dalam karamel)
  • Panaskan oven selama 10 minit
  • Masukkan air panas ke dalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi (bakar kaedah steam bake untuk mengelakkan karamelnya hangus)
  • 45 minit pertama bakar guna api di bawah sahaja dan 15 minit lagi api di atas dan di bawah
  • Bila kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinya dari loyang.
  • Terbalikkan kek perlahan-lahan dan lihat hasilnye pasti anda akan tersenyum sebab kek menjadi dengan sebab karamelnye melekat. SELAMAT MENCUBA...






Swiss Roll beraneka CORAK...


Pelbagai jenis kek kita lihat sekarang... nak menarik lagi pelbagai kaedah di gunakan untuk mencantikkan kek yang terdapat di pasaran... antara nya Swissroll Cake...
Yaya Sweet menyediakan pelbagai perisa untuk Swissroll Cake... antaranya perisa strawberry, blueberry dan Nutella Chocolate... pelbagai tempahan yang telah di terima oleh pihak kami... antara nya menjadikan ia sebagai hantaran pertunangan, perkahwinan dan memberi sebagai cenderahati ketika melawat rakan-rakan...

Tempahan diterima dari semua negeri... insyallah... pastikan seminggu awal... jangan minta pagi ini petang ini nak.. mungkin susah sikit nak siapkan... sebab selalu nya Yaya Sweet akan membuat yang baru supaya pelanggan dia makan dari Fresh Cake... baru dapat menikmati kesedapan dan kelazatan nya...