Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdullillah bersyukur kepada Allah S.W.T. pada 4 November 2010 lahirnya sebuah syarikat pada mulanya bernama CT Four Shop Enterprise (PG0273307-U). Akhirnya pada 18 Disember 2012 (Selasa) bersamaan 4 Safar 1434, CT Four Shop telah bertukar nama kepada Yaya Sweet Enterprise.

Yaya Sweet Enterprise menawarkan perkhidmatan perkhidmatan merekabentuk kek untuk hari lahir serta pelbagai majlis. Selain itu menjual pelbagai jenis bakeri seperti cookies, cakes, cuppies dan crepes.

Pengikut


Puding tembikai


Puding tembikai

Bahan-bahan:
- 1 tin susu cair
- 1 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 sudu kecik asen vanila
- 4 keping roti gardenia
- 1 biji telur
- 1 sudu besar butter
- 5 cawan air
- 1 paket agar2 tali (20g)
- pewarna (merah/hijau)
- 1/2 sudu kecil biji selasih

Cara masak:
- masak agar-agar dengan 5 cawan air dan 1 cawan gula sampai mendidih dan agar-agar hancur
- blend roti gardenia, telur, susu cair, susu pekat, esen vanila & butter
- campurkan bahan yg dibland dalam agar2 yg dah mendidih..kacau sebentar dalam 3 minit, tutup api.
- bahagikan kepada 3 bekas dan 2 bekas dimasukkan pewarna merah dan hijau, 1 bekas biarkan tanpa pewarna
- masukkan adunan merah dalam acuan (bentuk 3 segi) dan taburkan biji selasih
- sejukkan adunan merah dan kemudian tuang perlahan aduanan tanpa warna
- akhir sekali tuang adunan warna hijau perlahan2 bila lapisan putih dah keras
- sejukkan dalam peti.
- dah sejuk, keluarkan dari acuan dan potong ikut kreativiti sendiri











No comments:

Post a Comment