Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdullillah bersyukur kepada Allah S.W.T. pada 4 November 2010 lahirnya sebuah syarikat pada mulanya bernama CT Four Shop Enterprise (PG0273307-U). Akhirnya pada 18 Disember 2012 (Selasa) bersamaan 4 Safar 1434, CT Four Shop telah bertukar nama kepada Yaya Sweet Enterprise.

Yaya Sweet Enterprise menawarkan perkhidmatan perkhidmatan merekabentuk kek untuk hari lahir serta pelbagai majlis. Selain itu menjual pelbagai jenis bakeri seperti cookies, cakes, cuppies dan crepes.

Pengikut


Kek Pelangi Karamel...


Alhamdullillah, bertemu lagi kita dalam koleksi seterusnya... so hari nie Yaya Sweet nak berkongsikan resipi Kek Pelangi Karamel... nak kata sedap... boleh la cuba sendiri...

GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula kasar
Di masak atas api sehingga gula cair dan biarkan seketika.

BAHAGIAN ATAS (KARAMEL)
1/2 tin (1 cawan) susu cair
70 gm gula castor
1/2 tea spoon esen vanilla
3 kuning telur
Kacau kesemua adunan sebati perlahan

LAPISAN KEK (A)
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm/ml air
1 sudu teh baking powder
50 ml minyak jagung
Putar kuning telur, air, gula dan minyak sehingga kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder dan kacau sehingga sebati.

MERINGUE (B)
6 telur putih (jangan bagi ada walaupun setitik kuning telur @ air setitik pun) nanti meringuenya tak menjadi
70 gm gula castor
1 tea spoon krim of tar tar
Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh jika di terbalikkan


* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA

  • Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi.
  • Masukkan adunan kek yang telah di warnakan dan dan diperisakan (adunan takkan tenggelam dalam karamel)
  • Panaskan oven selama 10 minit
  • Masukkan air panas ke dalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi (bakar kaedah steam bake untuk mengelakkan karamelnya hangus)
  • 45 minit pertama bakar guna api di bawah sahaja dan 15 minit lagi api di atas dan di bawah
  • Bila kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinya dari loyang.
  • Terbalikkan kek perlahan-lahan dan lihat hasilnye pasti anda akan tersenyum sebab kek menjadi dengan sebab karamelnye melekat. SELAMAT MENCUBA...






No comments:

Post a Comment